Sunday, November 13, 2016

6 Makanan Menghalang DIABETES

1. Makan ikan Salmon sebab kaya dengan asid lemak Omega-3 yang membantu memperbaiki perkembangan insulin yang penting untuk pengidap diabetes. Salmon yang lazat ni juga mengandungi Vitamin D.

2. Susu segar bagus untuk pesakit kencing manis kerana mengandungi Vitamin D dan Kalsium yang sangat tinggi. Kajian mendapati wanita yang mengambill 1000 mg kalsium tiap hari kurang berisiko mendapat diabetes sebanyak 3% berbanding wanita yang tidak minum susu kerana kalsium tersebut lengkap dengan vitamin D.

3. Buah blueberry membantu menurunkan kolesterol dan lemak. Kandungan pterostilbene dalam buah ini boleh mengatasi kanser dan diabetes.

4. Biasakan diri dengan sereal dan oatmeal walaupun kadang-kadang sangat tak sedap. Kedua-dua makanan ini kaya dengan serat dan rendah gula serta kaya dengan tenaga. Elakkan kerap makan roti canai, mee goreng dan nasi lemak sahaja tiap hari ok..:)

5. Sayur brokoli mempunyai zat sulforaphane yang membantu memulihkan pembuluh darah yang telah rosak kesan dari penyakit kencing manis atau diabetes. Penemuan ini hasil kajian dari Universiti Warwick.

6. Bawang putih juga kaya dengan kalium (529 mg setiap 100 gram). Bawang putih juga kaya dengan zink, mangan dan sulfur yang mampu merawat kencing manis.

Sama-sama kepada berubah kepada gaya hidup lebih sihat.

Sila Comment/Like/Share jika bermanfaat.

Nak Tahu Gejala Kencing Manis?


1. Dahaga berlebihan waktu malam dan kerap kencing sebab banyak glukosa dalam darah.


2. Paras gula dalam darah tinggi berterusan sepanjang hari.

3. Kerap rasa lapar walaupun dah makan banyak.

4. Berat badan turun secara tiba-tiba.

5. Luka yang lambat sembuh.

6. Wanita khsusnya, berisiko terkena jangkitan kulat pada alat sulit.

7. Penglihatan semakin kabur disebabkan kandungan glukosa dalam darah tinggi.

8. Mudah marah kerana kekurangan glukosa membuatkan anda cepat letih.

9. Saraf dirosakkan oleh kencing manis yang menyebabkan bengkak dan kebas pada tangan dan kaki.

10. Masalah kulit yang gelap di sekitar leher dan ketiak kerana badan dalam proses penentangan insulin.

Sila LIKE/COMMENT/SHARE jika bermanfaat

Jumpa lagi...

http://bit.ly/2dSj9nr